Kesultanan Johor dan Kerajaan Turki

Sedikit Info Sejarah hubungan Kesultanan Johor dan Pemerintah Kerajaan Turki: . Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. Hikayat Johor meriwayatkan:

“… hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”

Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan keluarga dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia).

Kebiasaannya seseorang Permaisuri di negara kita berketurunan Melayu dan berdarah Raja.Namun zaman sudah berubah.Raja-raja zaman kini bebas untuk memilih pasangan hidup dan menabalkan isteri baginda selaku Permaisuri.

Terdapat ramai Raja Melayu yang mengahwini rakyat kebanyakan dan terdapat juga yang berumah tangga bersama wanita bukan melayu dan berasal dari negara luar.Biasanya mereka akan ditabalkan sebagai Sultanah sesebuah negeri kerana gelaran Sultanah diperuntukkan bagi Permaisuri yang bukan berdarah raja.Berikut merupakan senarai Permaisuri yang bukan dari kalangan wanita Melayu :

Sultanah Rogayah (Johor).

Baginda merupakan isteri kedua Sultan Ibrahim Al Mashur .Dilahirkan pada 4 September 1880. Bertemu jodoh bersama Sultan Ibrahim pada 1897 ketika berusia 17 tahun.Ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920 ketika berusia 40 tahun dan diberikan gelaran Sultanah Rogayah.Baginda berketurunan India. Baginda mangkat pada 8 March 1926,setelah 6 tahun menjadi Sultanah Johor.

Ketika itu baginda baru berusia 46 tahun.Baginda dimakamkan di Makam Abu Bakar,Bukit Mahmoodiah,Johor Bahru.Baginda mempunyai seorang putera iaitu YAM Tunku Aris Bendahara Tunku Haris Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang diahirkan pada 17 Februari 1898.Tunku Haris mangkat di London pada 1 Mei 1956.Cucunda Sultanah Rogayah iaitu YAM Tunku Sulaiman pernah menjadi Pemangku Raja Perlis apabila Almarhum Tuanku Syed Putra menjadi Yang Dipertuan Agong ke 3 pada 1963 hingga 1965.Tunku Sulaiman merupakan suami kepada YAM Tengku Puteri Utama Perlis Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra.

Sultanah Khadijah (Johor).

Baginda merupakan isteri keempat Sultan Abu Bakar. Baginda dilahirkan di Istanbul Turki. Nama sebenar baginda ialah Khadijah Khanum . Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Abu Bakar 22 September 1893.

Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor di Istana Zahra pada 28 Februari 1894.Baginda berketurunan Circassian dan berasal dari Istanbul. Selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar,baginda berkahwin sekali lagi dengan H.E Muhammad Kiamil Bey, Ottoman Konsul Jeneral di Batavia, Singapore dan Liverpool pada 27 Disember 1898 di Singapura. Baginda mangkat di Woodneuk, Tanglin Singapura pada 1 Februari 1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong, Teluk Belanga. Baginda mempunyai seorang puteri iaitu YAM Tunku Fatimah Binti Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultanah Helen Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.

Baginda merupakan isteri kelima Sultan Ibrahim Al Mashur. Dilahirkan sebagai Helen Bartholomew pada 21 Disember 1889 di Glasgow. Baginda merupakan anak kepada John Bartholomew yang berasal dari Glasgow, Scotland bersama isterinya Catherine. Bertemu jodoh dengan Sultan Ibrahim pada 15 Oktober 1930 di usia 41 tahun. Pasangan ini berkahwin di Prince's Row Register Office London dan di Masjid Woking Surrey. Sultan Ibrahim merupakan suami kedua kepada Sultanah Helen.

Dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 18 November 1931 di Istana Besar Johor Bahru.Baginda diberi gelaran DYMM Sultanah Helen Ibrahim.Sepanjang menjadi Sultanah Johor,baginda dikurniakan beberapa Darjah Kebesaran seperti Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),Pingat Jubli Perak dan Pingat Pertabalan Sultan Ibrahim. Sultanah Helen sebelum itu berkahwin dengan Kapten William Brockie Wilson. Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen bercerai setelah 7 tahun berkahwin. Mereka bercerai pada 31 Disember 1937.Selepas bercerai Sultanah Helen bergelar Lady Helen Ibrahim. Baginda mangkat di usia 88 tahun di Homelands Nursing Home,Cowfold,Horsham,Sussex. 

Sultanah Marcella Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.,Grand Cordon Of The Order Of The Crown Of Romania.

 Baginda merupakan isteri keenam Sultan Ibrahim Al Mashur. Baginda dilahirkan pada 7 November 1915 di Austria. Nama asal baginda ialah Marcella Mendl merupakan anak kepada  Edgar Mendl dari Romania yang merupakan saudara kepada Sir Charles Ferdinand Mendl seorang pegawai Kedutaan British di Paris.Sultanah Marcella mendirikan rumah tangga bersama Sultan Ibrahim pada 6 November 1940 ketika berusia 25 tahun.

Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...